27 August 2010

Blog Baru - ondscene.my


google-site-verification: googlef867ab8d0f2e44aa.html

Untuk makluman,blog ini berpindah ke alamat baru ondscene.my .Semua entri terbaru akan diupdate di sana.Mohon pembaca untuk mengupdate  link terbaru ini.

Ketika dan saat ini, kontraktor ‘projek mega’ ini sedang bertungkus-lumus menyiapkan infrastruktur ondscene.my ini.

Oleh itu, dalam tempoh itu (kira-kira seminggu), anda mungkin akan mengalami pengalaman beberapa pandangan pengubahsuaian dalam struktur blog ini.

Untuk makluman, kontraktor projek migration dari blogspot kepada wordpress ini telah melakukan yang terbaik untuk menjadikan ondscene lebih mudah diakses, tidak lagi sangkut-sangkut, tiada lagi ‘waiting time’ @ ‘loading’ yang terlalu lama, malah akan berusaha memberikan presentation terbaik untuk tatapan anda.

Saya akan umumkan kepada anda siapakah kontraktor yang amat hebat itu selepas selesai segala proses ini. Bagaimanapun, mungkin ada yang telah mengetahui siapakah gerangannya…

Kepada anda yang mengalami masalah untuk akses ondscene.my ini, sila email atau isikan borang ‘Hubungi’ di atas. Sila nyatakan OS anda, browser dan apa juga maklumat teknikal yang dapat membantu masalah anda diselesaikan.

Dengan sistem kawalan dan keselamatan yang lebih ketat dan juga maklumat anda yang menghantar komen /email kepada ondscene – diharap dapat mengurangkan komen-komen atau pendapat yang keterlaluan dan menyentuh isu-isu atau perkara sensitif yang boleh membawa kacau-ganggu dalam komuniti ondscene ini.

Ondscene akan cuba memberikan yang terbaik untuk pembaca.

Nanti kita buat gathering Hari Raya….amacam, ok tak?!!!…..

Salam ondscene
Kuala Lumpur

22 August 2010

Kereta DiCuri Ditemui Semula, Tapi Ini Sajalah Yang Tinggal...

Rawang
Selangor
22 Ogos, 2010
2 pagi

Kira-kira jam 1-30 pagi tadi, saya menerima panggilan telefon dari LKpl Din , dari Unit Kereta Peronda Lebuhraya Bukit Aman.

" Bang, minta bantuan kesan pemilik sebuah Proton Satria yang kami percaya dicuri. Kami jumpa ketika buat rondaan , ditinggalkan di tepi highway ni. Ada sticker parking TV3 pada kereta. Dalam sistem, tiada laporan kehilangan kereta ini"

21 August 2010

Destinasi Akhir Seorang Cikgu...

Km 429-2
Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
sebelum susur Bukit Beruntung
Hulu Selangor
21 Ogos, 2010
11-50 pagi
Memang menyayatkan hati apabila mengenangkan, ini merupakan kematian ketiga di dalam keluarga mangsa dalam tempoh sebulan.

5 Ogos lalu, ibunya meninggal dunia setelah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur

Mac lalu, kakaknya pergi meninggalkannya dahulu.

10 Motosikal Terbakar - Angkara Khianat?


Selangor
21 Ogos 2010

berita lanjut dan lagi foto menyusul
10 buah motosikal terbakar , dipercayai perbuatan khianat.

5 buah darinya , hangus samasekali.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4-35 pagi tadi di tempat letak kenderaan sebuah apartment.

20 August 2010

Berbuka Puasa Bersama Airod

Berdiri kiri- Azri , Hazlyn
Duduk kiri - Mohd Aidil, Ondscene, Angelina


Dewan Perdana Felda
Kuala Lumpur
20 Ogos 2010
7-30 malam

Dalam bulan Ramadhan ini, nampaknya  banyak blog memaparkan mengenai berbuka puasa samada di rumah, di kedai, jemputan dan majlis yang diadakan oleh organisasi tempat anda bekerja.

Kiri - Yoelian Bambang, Mohd Aidil, Ondscene, Angelina, Norhidayu, Hazlyn

Rasanya, ondscene pun sesekali nak menyelitkan entry sebegitu dalam blog ini...

Inipun kira di tempat kejadian juga...!!!

Rempuh Treler-Kelindan Lori Bawa Babi Beku Maut.

KM 451-3
Lebuhraya Plus arah Selatan
sebelum susur Hospital Sg Buloh
Gombak, Selangor
20 Ogos, 2010
7 pagi

Beribu-ribu pengguna Hway Plus dari arah utara  ke KL mengalami kesesakan teruk kira-kira 4 jam akibat kes ini bermula dari kawasan Rawang.

Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 6-35 pagi di KM 451-3 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, kira-kira 2 kilometer sebelum susur ke Hospital Sg Buloh.

Mekanik Maut - Dihempap Van Yang Dibaiki

Jalan Kalung
off Jalan Sg Besi
Kuala Lumpur
19 Ogos 2010
6 petang

Nota - entry ini harus dibaca oleh mereka yang berkaitan dengan kerja-kerja seumpama ini supaya dapat dijadikan tauladan dan tidak berlaku kepada anda.

Kejadian yang berlaku ini seperti mustahil boleh membawa maut, kerana kemalangan ini nampak kecil sahaja.

Namun, jika sudah ajal, apa cara dan sebab-musabab sekalipun, ia akan berlaku juga.

Sekali lagi, tag 'malang tidak berbau' terpakai di dalam kes ini.

Kam Oi Cheong, 58 tahun, sedang membaiki sebuah van yang dihantar ke bengkelnya.

Ondscene Kembali Semula

Kuala Lumpur

Salam hormat kepada semua pembaca ondscene

Sejak beberapa hari lalu, saya tidak berapa sihat, menyebabkan semua kes terpaksa 'dilepaskan' begitu sahaja dan sekaligus aktiviti ondscene terhenti seketika.

Saya kembali semula untuk membawa berita-berita terkini di sekiling saya untuk anda.

Berkenaan kejadian 'hiris dan toreh' yang saya alamai, Alhamdulillah, kini sudah tiada lagi kejadian tersebut berlaku pada saya.

Terimakasih kepada semua yang memberikan beberapa pandangan, panduan mahupun petua/amalan yang mana ianya mungkin dapat 'menyelesaikan'nya.

Sebenarnya, kejadian itu bukan berlaku semasa saya tidur, tetapi berlaku dalam keadaan saya sedar dan ketika yang tidak memungkinkan sebarang serangga 'menyerang' saya!!!

Bayangkan, ketika anda sedang membaca blog ini, tiba-tiba anda terasa pedih di kaki anda, sepantas kilat anda melihat pada tempat yang sakit - dan anda lihat kesan toreh/hiris itu beserta dengan darah.

Apa yang berlaku ialah, kesan itu timbul secara tiba-tiba menyebabkan saya tiba-tiba merasa pedih dan apabila dilihat , terdapat kesan itu dan darah.

Walau apa pun penyebabnya, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

-------------------------------------------------------------

Sejak seminggu berpuasa begitu banyak kes-kes kemalangan maut berlaku di beberapa lokasi di luar Lembah Klang.

Kepada anda yang mempunyai foto-foto yang anda rakamkan sendiri ketika berada di lokasi kes, sila email kepada saya.

Menjelang Aidil Fitri yang bakal menjelma, kita tidak mahu perkara yang sama berulang kepada kita, ahli keluarga dan rakan-rakan kita.

Blog ini diharap menjadi sebagai sebahagian dari kempen keselamatan di jalan raya yang dapat menyedarkan pengguna betapa kita tidak mahu menjadikan jalanraya sebagai 'Sungai Darah'...

Selamat berpuasa,

ondscene.sham@gmail.com

15 August 2010

18 Kenderaan Rosak teruk -Bumbung Pangsapuri Diterbangkan Ribut

Blok A
Pangsapuri Desa Sepakat
Taman Sri Manja
Jalan Klang Lama
Petaling Jaya
15 Ogos 2010
4 ptg

Kejadian berlaku kira-kira jam 3-35 petang.

Ribut yang berlaku tidak sampai5  minit ini merosakkan kira-kira 18 kenderaan di tempat letak kereta pangsapuri ini.

Penunggang Maut-Rempuh Kereta Di Lorong Kecemasan/Dirempuh Lori Tangki

km 4-9
Lebuhraya KL-Seremban
arah Tol Sg Besi
Kuala Lumpur
15 Ogos, 2010
1-30 ptg.
Bertambah lagi nyawa penunggang motosikal melayang.


Kemalangan ini berlaku kira-kira 1-30 petang.

14 August 2010

Siapa Hiris dan Toreh Saya...

Saya memohon jasa baik pada pembaca, jika dapat menghuraikan misteri yang berlaku pada diri saya sejak empat hari lalu.

Sejak 3 hari lalu, bermula hari pertama Ramadhan, antara jam 6pagi ke 6-30 pagi, kaki kanan saya ditoreh/hiris tak semena-mena sehingga berdarah.

Malang Yang Agak Bernasib Baik

Kuala Lumpur
13 Ogos, 2010
8 malam

Selepas berbuka puasa bersama beberapa rakan di sebuah gerai di Keramat, Kuala Lumpur, saya pergi ke kereta dengan kejadian yang saya sudah agak sejak beberapa hari lalu, akan berlaku.

Kereta saya dipecahkan oleh entah setan mana ketika saya sedang berbuka puasa, di lokasi yang terbuka dan trdapat deretan kereta lain di kawasan sekitar

Saya agak bernasib baik, kerana walaupun penyamun melarikan sebuah beg galas, yang secara lalainya saya letakkan di atas lantai kereta, di belakang kerusi pemandu, barangan di dalamnya tiada yang berharga.

13 August 2010

Penunggang Maut- Motosikal Bergesel Lori Tanah

Jalan Istana
arah Pusat bandar
berhampiran Muzium negara
13 Ogos 2010
1-35 ptg.

Kemalangan ini meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

Bagaimanapun, tiada kesan kecederaan teruk pada bahagian luar tubuh mangsa.

Lagi Mayat Bayi Ditemui

Wangsa Maju
Kuala Lumpur
13 Ogos 2010
12-30 tghari

(kemaskini jam 11 malam, 13 Ogos)

Mayat bayi dipercayai baru dilahirkan beberapa hari lalu ditemui di sebuah rumah kongsi di Wangsa Maju sebentar tadi.

Kes ini sebenarnya hanya diketahui setelah wanita yang melahirkan bayi itu, dipercayai warga Indonesia, cuba mencari bantuan untuk mengkebumikan mayat bayinya  itu.

Seorang Maut , 2 Parah - Motosikal Bertembung Sesama Sendiri

Batu Buruk
Kuala Terengganu
Terengganu
12 Ogos 2010
11 malam

Untuk butiran di tempat kejadian, sila lawat blog penyumbang berita ini , Mat Redo1 di Pekebenda Lagi


Nota: Foto kejadian ini diemailkan oleh Mat Redo1, yang kebetulan berada di tempat kejadian .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails