17 January 2010

'Rumusan' Ikon


Gombak
Selangor
16 Jan 2010

banyak lagi foto-foto akan menyusul

Pertamanya, saya memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berlaku 'kurang ajar' mendedahkan sesuatu yang saya sendiripun pada mulanya terkejut mengenainya.

Bukan mudah untuk mendedahkan sesuatu yang pahit untuk diterima, lebih-lebih lagi ianya mungkin ada kaitan dengan anda sendiri.

Entry ini baru sahaja saya ada peluang untuk posting kerana kesuntukan waktu , di mana bermula jam 9 pagi hinggalah jam 9 malam sebentar tadi, barulah segalanya selesai.

Namun dalam perjalanan pulang, kira-kira jam 10-30mlm, terserempak pula kes kereta terbabas dan jatuh dari jambatan di MRR2 berhampiran susur ke Tol Gombak.

Setelah selesai, terpaksa pula berpatah ke pejabat dan jam 12 tengahmalam baru selesai.

Itulah antara punca kelewatan posting entry yang ditunggu-tunggu ini.

Bagaimanapun, sebaik membuka blog ini, saya sekali lagi terpaksa menjadi kurang ajar apabila ada komen ini:

Anonymous said...



dia nak tengok hits ke website kot?

17 January, 2010 00:36

Saya ingin benar nak meklumkan di sini, bahawa saya langsung tidak bangsat sangat untuk melihat hits pada website ini, kerana jika itulah jadi ukuran hasil kerja saya, saya sepatutnya dah boleh jadi amat-amat berbangga dengan hits sekarang yang tak pernah saya jangka. Dan jika dicampur dengan hits pada blog kembar saya ondscene.my , kini ondscene dah menjangkau lebih setengah juta, dengan usia baru 16 bulan.

So, saya sepatutnya dah boleh berlagak semasa hits dah sampai 100 ribu , sebab ada yang dah buat blog 3 tahun pun, nak sampai 10 ribu pun payah. So, kepada anon tu, anda silap orang, dan kesian pada manusia seperti anda tu...

Dan keduanya, kepada yang selalu komplen wartawan kenapa tak siarkan seperti nama produk atau alamat dan macam-macam lagi tu, saya juga cabar anda jangan guna 'anon', guna identiti sebenar anda untuk komplen, barulah gentle.Kemudian kita boleh bersemuka, atau saya boleh bawak anda sekali ke mana-mana serbuan, dan anda akan tau apa yang banyak anda tak tau atau nak tau.

Jangan hanya tau komplen, tetapi diri sendiri adalah pengecut.

Kepada yang setia, saya ucapkan jutaan terimakasih dan kerana andalah saya luangkan masa untuk entry ini dan  yang saya anggap antara tugasan paling bermakna untuk kita semua.

-----------------------------------------------------------------------------------

Hunbungan baik saya dengan pegawai dan kakitangan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, telah membawa saya membongkar secara eksklusif banyak kes.

Ketika menerima maklumat mengenai kes ini, saya andaikan mungkin ia adalah kes membabitkan pihak ketiga, dan bukannya seperti nama yang tertera.

Akhirnya, kira-kira jam 11 pagi tadi, operasi dimulakan, targetnya, ialah sebuah rumah di Taman Berlian, Gombak.

Operasi diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasanya, Hj Wan hamid Hj Wan Ibrahim.
Ia mengenai satu maklumat dari orang awam produk 'Penawar Sendi Tulang' - yang ujian makmal positif bahan racun steroid jenis dexamethasone.

Masalahnya, produk ini menggunakan nama seorang kanak-kanak yang digelar ikon kerana kepintarannya di dalam matematik dan amat terkenal di seluruh negara.

Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak terbabit dan kedua-dua ibu bapanya tiada- mereka ke Kota Kinabalu difahamkan melakukan promosi produk keluaran mereka.


Dipendekkan cerita, kami ditunjukkan sebuah rumah yang terletak di hadapan rumah kanak-kanak terbabit - sebuah rumah teres dua tingkat yang akhirnya didapati dijadikan sebagai kilang pengeluaran.

Penemuan ini tidak dijangka kerana mulanya dijangkakan hanyalah sebagai stor.

Ye, rumah ini adalah kilang - dengan beberapa orang termasuk kanak-kanak membuat pembungkusan.

Beribu-ribu botol plastik kosong, beribu-ribu botol produk yang telah siap dibungkus dan bahan mentah serta kawasan kecil yang menjadi 'makmal' memasukkan pil-pil ke dalam botol.


Apabila ditanya kepada salah seorang pekerja, mereka mengakui, produk 'Penawar Sendi Tulang' diimport dari luar negara yang telah siap dibotolkan, dan mereka hanya menampal label dan sudah boleh dijual.

Itu sahaja. Begitu mudah.

Ubat yang telah diuji positif dexamethasone ini pula tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan.

Semua terkedu kerana betapa mudah berniaga, lebih-lebih lagi ikon kanak-kanak terbabit telah dijadikan 'jaminan' keberkesanannya.

2,095 botol ubat ini dirampas.


Dan, rampasan tidak terhenti di situ, malah penemuan berikutnya amat-amat memeranjatkan...

Betapa ubat/ubat tradisional yang didakwa sebagai  'rumusan' kanak-kanak terbabit, sebenarnya tidak wujud.

6 produk terbabit yang dijual kepada tiga set setiap satu mengandungi 2 botol berlainan, bukanlah ramuan yang dirumus oleh ikon terbabit.


Yang ada ialah, ubat homoepathy yang diimport dari Pakistan.

Pil-pil berwarna kuning ini kemudian diisikan ke dalam botol-botol kecil , yang mana, beberapa jenis darinya, sebenarnya adalah diisi dengan ubat yang sama dari botol yang diimpot itu.

Tetapi ia dijual seolah-olah ia adalah ubat yang berlainan antara satu botol dengan botol yang lain.

Harganya berbeza setiap kotak yang mengandungi 2 botol ubat - RM40, RM60 dan RM170 sekotak.

Yang pasti , semua ubat-ubat ini tidak pernah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan, malah kandungan ubat ini juga tidak diketahui apakah isinya, di mana ujian makmal akan dilakukan kemudian untuk mengetahuinya.

Di manakah dakwaan , bahawa ubat-ubatan ini adalah rumusan ikon kanak-kanak itu, dan apakah bezanya kepada pembeli jika sebenarnya, pil di dalam botol A, adalah sama dengan pil di dalam botol C dan botol E.

Mudah, amat-amat mudah untuk berniaga...

Dan semua produk mempunyai logo halal seolah-olah logo Halal Jakim, sedangkan tiada sebarang permohonan dibuat sebelum ini.

Sejumlah 12,554 botol produk pelbagai jenis itu dirampas.

Rampasan bernilai kira-kira RM600,000 dan siasatan dilakukan di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

-----------------------------------------------------------------------------------

Dengan promosi yang begitu hebat sejak kebelakangan ini, ubat ini mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan.

Sasaran utama ialah ibu-bapa yang - mahu anak mereka menjadi cerdik dan genius seperti ikon tersebut, dan sebagai penawar stress.


Pelbagai janji ditawarkan jika memakan ubat dari Pakistan ini.

Khusus untuk mereka yang : lemah daya ingatan, degil,pelupa, kurang semangat,kurang tumpuan, pemalu, tekanan/stress, masalah jiwa/mental.

Malah ia lengkap dengan pantang larang sekali...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang, terpulang kepada anda atau anak anda samada untuk meneruskan memakan ubat Pakistan ini, atau bagaimana?

Entry ini tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa apalagi untuk memburukkan . Ia sebagai tanggungjawab sosial saya kepada anda dengan izin Allah kerana memberi ruang kepada saya untuk mendedahkan sesuatu berpandukan fakta dan siasatan.

Dan, kini, saya telah tahu, bagaimanakah rumusan ajaib ini sebenarnya 'diproses'...

Dan juga, senarai panjang sedang menunggu untuk membongkar banyak lagi kes-kes sebegini atau seumpamanya.

entry ini akan bersambung...

25 comments:

DarkSky said...

bro, para pembace blog ondscene ni dtg dari pelbagai background.. mayb si Anon tu berniat nk buat lawak je tapi die tak sedar yang mayb ada org yg tak suke..

pk said...

"Sasaran utama ialah ibu-bapa yang - mahu anak mereka menjadi cerdik dan genius seperti ikon tersebut, dan sebagai penawar stress."

manada ubat dlm dunia ni yg boleh jadikan manusia bijak sekelip mata? Sebenarnya sedih juga melihat exploitasi ke atas pelajar genius maths ni. Semuanya kerana RM. Kesian, kecil lagi dah disuruh buat benda tak betul.

Siti Suliana said...

hurm..ni ikon kanak2 yang tersohor tu kan..sebab pernah tengok dalam temubual AC Sempoi beliau & all the family di undang,and ending..depa ade promote macam2 ubat untuk penawar2 bagai...hurm..

zeqzeq said...

abaikan anon,lawak gurau..


untuk elekan provokasi dan org mengata berpakat 'diri komen diri'saya kena delete anon,
bila kita buka kes peluang orang mengata pun tak wajar..

membuka anon bermakna beri peluang berbahas sesedap rasa..

kakcikseroja said...

Tiada kejayaan tanpa usaha yang berterusan..memakan pil2 tanpa belajar, dari mana akan datangnya pengetahuan? hmmmm...

MrsNor said...

Tak yah ler nak ambil kira komen "anom" yg ternyata penakut.. ramai lagi yg hari2 dok tunggu n3 telus dr saudara.

Ini juga kan kes yg didedahkan kat berita TV3 & TV9 mlm tadi. Yg sy heran TV9 tak ler blur kan icon adiputra tp tv3 blur pulak. Knp iyer? Nak dedah tp tak berani?

Sy pun sgtlah heran dgn mentaliti ibubapa yg cukup percaya dgn segala pil, raisin air utk anak cerdik. Bullshit semua. Yg bodoh bukan anak tp ibubapa tu..

Tak sabar tunggu sambungan N3 ini.Terimakasih saudara

Tanpa Nama said...

sy suggest ondscene ignore jer any posts yg maybe menyinggung. Pedulikkan dgn apa orang nak ckp. Mulut tempayan memang susah nak ditutup. Tapi ondscene patut berbangga sebab blog ni sangat best & sy salah serorang sy sangat berminat dgn blog ni. Thank you.

onizuka said...

sorry apa aku cakap ni bro...aku baru je join blog ni.....tp bila aku baca apa yang hang komen kat anonymous tu bila dia cakap Anonymous said...



dia nak tengok hits ke website kot?


ermmmmmmmmm aku jd x berkenan lak nak baca komen ko.......anonymous tu cakap punya la ckit je...dan dia mgkn x bermaksud pun....tp, ko punya komen punya la panjang berjela....ermmmm siap ko highlight kan yang dah setengah juta....ermmmm mcm berlagak la pulak....
sorry aku cakap....ermmmmm kalau ko buat x tau je kan boleh...dia nak bg pendapat....setiap orang ada kekurangan dan kelebihan.....dan di sini aku pun leh nampak kekurangan ko.........

bg aku dia x salah bg komen mcm tu...aku bukan nak bermusuh ngan sesapa...aku just cakap apa yang aku pikir....minta maaf wasalam

Awie said...

org mcm anon tu mmg pengecut abis, die sbanrnye mungkin bengang sbb saudara ondscene asyik delay nak post sampai die kate saudara nak tgk hits melonjak.
aku rase suke hati pemilik blog ni la nak buat ape pn kat blog die, we just readers...
Aku yakin saudara ondscene bertungkus lumus kat luar sane cari berite2 sensasi utk tatapan pembaca, Thank you very much Good sir.

hayatiharun said...

hehehe...jgn merajuk le abg ods...kita nak pujuk pun jauh....nanti sunyi sepi lak blog ni....

sI tEDI said...

onizuka : ko sendiri mengaku yg ko pertama kali masuk sini. ko dah buat pengadilan dengan pertama kali masuk. Syabas! tapi aku akan lebih tabik kau kalau kau memberi komen dengan membaca komen anon2 yg sebelum ini juga.

serius aku cakap, kalau perkara yg menyentuh mengenai maruah aku. aku akan bersuara. lantaklah kalau ianya nampak bongkak sekalipun.

aku tak tahulah kau. kalau orang kata kau gila publisiti kau boleh buat tidak tahu macam tiada perasaan.

ano tu bukan beri pendapat, tapi sindiri sinis.

.................................

bro
pasal ikon tu semua org dah tahu mungkin. serius aku cakap, aku tak berapa gemarkannya sejak dia di beri publsiti yg amat meluas. semua orang layan dia macam dia putera raja. dan sekarang apa yg dia buat macam kaduk naik junjung!

AVATAR said...

kepada bro ondscene.. teruskan usaha bro.. saya sentiasa ikuti blog ini utk mengetahui kes/kemalangan/isu semasa yg dirakamkan gambar serta bertulis... kadang2 apa yg ditunjukkan dlm berita hanya sedikit atau separuh.. dlm blog ini, dpt dilihat kesemuanya..

x perlu hiraukan dgn komen2 yg sperti sindiran atau kritikan.. kebanyakan semuanya tu mungkin budak2 atau yg blum ada pemikiran matang.. kurang kesabaran pun ye jugak.. apape komen negatif atau positif, kita tolak yg negatif.. ambil yg positif...

apepun, tahniah kepada bro dlm membongkar kes ini.. jika tidak, ramai mangsa yg tertipu..

syabas..

Avatar said...

salah describe lak td.. bukan bertulis, tp bertaip.. hehe..

bungacahaya said...

Macam bujang lapok jual ubat

2bz4money said...

Mcm2 persepsi yg ada..terimalah dgn lapang dada kerna ujudnya diversity sebegini..

Adiputra x brsalah, cuma x pintar dgn permainan biz hari ini yg perlukan pengalaman. Oportunistik mempergunakannya, malah ibubapanya yg x tahu sepakterajang biz pun terjebak..Akhirnya mrk yg sbg CEO dan director2 company ni akan menanggung akibatnya..Malapetaka/bencana ini akan menjadi besar sekiranya melibatkan kematian/kesengsaraan kepada pengguna..

Aku yg punyai anak2 kecil setakat redha dgn kesempurnaan yg diberikan Allah swt.. Cukuplah sekadar sunnah dan Alquran dijadikan panduan..

Tahniah buat bro ondscene kerna pendedahan ini utk kesedaran, pengajaran dan pendidikan..

matt jack said...

terima kasih dia atas penerangan tentang isu ini. kecewa dengan sesetengah ibu bapa yg beranggapan bahawa kepandaian itu boleh datang dalam sekelip mata.

Biaqpila said...

Biaq pi kat depa yang dengki dengan kita.

Tak ramai yang begitu jika nak dibandingkan insan2 yang menyokong anda.

Teruskan kerja murni anda.

http://biaqpila.blogspot.com
p/s: Bro,ada masa gua copy paste lu punya berita.Tak dak hal ke?

bojang lopak said...

hai obat hai obat.. mari bali obat.. kalo lambat lambat tak dapat... hai obat hai obat mari bali obat.. kalo salah obat.. malompat..

deng deng deng deng deng.. deng deng..

shahpaskal said...

keh keh kehh...mengamuk sakan member aku ni

Anonymous said...

Sayang sekali yang suka percaya karut marut ialah orang Melayu Islam. Sedangkan bukti2 dari Allah ternyata ada, lagi mau percaya benda2 yg ntah apa2.

Orang Melayu Islam - semuanya nak cepat dan senang - cth MLM, piramid, ubat 1000 penyakit dan termasuk juga hal2 kelamin (ie cepat je tuuuut).

Imam Shafie rahimatullah terkenal genius semasa kecil lagi. Namun beliau x pula pegi menjaja sana sini cakap2nya. Beliau hanya pergi mendedahkan kepincangan ulama' zamannya. Kemudian beliau mendalami ilmu lagi.

Bukan pegi sana sini 'ajar' orang ttg itu dan ini. Budak kecil, talent / kepintaran belum tentu ada apa2 kalau tiada wisdom / kebijaksanaan yang perlu dicari melalui usia dan pengalaman.

Pergilah cari ilmu dulu. Ayah dan mak adi tu pon elok juga jgn nk 'tumpang' kaya cepat. Malulah sikit wahai orang Melayu Islam. Hal2 mcm ni selalu mesti kait dgn kita!

Aku rasa kan, Jabatan Pendaftaran Negara kompom catat peningkatan dalam pendaftaran nama 'Adi Putra'. Sbb melayu ni caya mcm2 yg pelik2 yg tiada asas.

Sekian.

hayatiharun said...

kdg2..kita sebagai manusia tak semestinya semua org suka kat kita...kita kene redha lah...tp kalau nak kutuk2 berlebihan pun tak elok jugak..jaga perasaan...dosa kita mmg dah sedia banyak...nak bertobat??mmm..tak taulah takkan nak ditambah lagi dosa yg mmg dah banyak tu...renung2kanlah!!!!!

Norlaila Ahmed said...

salam bro...saya baru pertama kali tengok blog saudara...sgt menarik!Tahniah dari saya...harap saudara teruskan....salamssss....Ipoh Mari

Anonymous said...

I don't want banana fruit 2 times!

Anonymous said...

Dalam kes makanan kesihatan Adi putra ni , ada beberapa fakta yang boleh adi gunakan untuk menang kes ini.
Jika didalam label adi putra ini tidak mempunyai sebarang claim yang menyatakan bahawa ianya boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ianya boleh diketegorikan sebagai makanan . dan makanan tidak memerlukan kelulusan sama seperti pil susu kambing yang dijual oleh pihak cosway yang juga tidak mempunyai MAL. Kerana bentuk produk itu iaitu pil tidak boleh digunakan sebagai pengukur yang mengelaskan produk itu sebagai ubat ataupun makanan.Banyak produk gula-gula dipasaran juga adalah didalam bentuk pil dan oleh kerana ianya tidak mempunyai sebarang claim ia adalah makanan(gula-gula).
Kalau kita dengar di TV semasa liputan berita mengenainya jelas bahawa isi didalam produk Adi IQ adalah hanya gula glucose sama seperti gula-gula yang lain.Jadi apa salahnya menjual gula-gula.
Kenapa gula-gula perlu didaftarkan ke KKM. Apa kaitannya.
Kalau pun lah produk gula-gula itu mahal sehingga mencecah ratusan ringgit itu pandai pihak pemilik produklah , bukan dia paksa pun suruh orang beli.
Kalau kita tengok sebelum ini ada juga syarikat dari luar negara yang menjual jus manggis hingga mencecah hampir RM200.00 sebotol , kononnya dipercayai boleh menyembuhkan kanser dll , tak berdaftar juga dengan KKM , tapi tak dak pulak tangkapan dibuat , kenapa sebab jus tadi dikeluarkan oleh kononnya profesor orang puteh jadi bangsa kita takut nak komen. Tau lah bangsa kita ni kurang professor dan kurang pakar sains.
Lagi satu kalau kita lihat dalam cosway tu ada satu jenis produk gula-gula yang boleh melangsingkan badan . itupun gula-gula juga tu , harganya pun bukan murah tapi siapa yang banyak beli tanpa sebarang komen , bangsa kita juga .
Tak pernah pulak produk yang juga import itu di periksa dimakmal.
Lagi satu bangsa melayu ni lain sikit pantang nampak orang melayu buat duit mulalah komplen sana sini.
Namun begitu untuk produk untuk ubat sendi itu pulak yang didapati mengandungi steroid tu , itu adalah peluang untuk syarikat Adi Saman syarikat pengeluar tersebut kerana kilang pengeluar itu patut bertanggung jawab keatas semua jenis kerugian yang disebabkan oleh pencemaran keatas produk tersebut.
Ini boleh terjadi kerana mungkin Adi adalah formulator dan tidak mungkinlah Adi sengaja meletakkan
steroid tersebut kedalam formulanya. Akhir sekali teruskan usaha Adi untuk memajukan bangsa kita , jangan jadi seperti orang lain tu yang hanya nampak kesalahan bangsa sendiri dan mengagung- agungkan bangsa orang lain.

Mýr Fantasy said...

Banyak gambar2 menarik nih. Asal dgn steroid aje, semua jadi tak tentu hala. Apa hal? Saya baru aje pulang dari bertemu dgn saudara Adi Putra ptg tadi di mana kami membincangkan pelan tindakan yg akan kami ambil. Nantikannya perkembangannya tau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails