23 May 2010

Bayangan Batu Nisan di Highland Tower

Lokasi:
Sebuah Banglo Yang Ditinggalkan
Highland Tower
Ampang
21 Mei, 2010
Jumaat
kira-kira 1-30 pagi

Perhatikan foto di atas.

Ia dirakamkan kira-kira jam 1-30 pagi melalui telefon bimbit Jumaat lalu oleh rakan saya, wartawan siri mingguan di RTM, Eksklusif, Mohd Yunus Mohd Nor.

Lokasinya di dalam sebuah rumah banglo yang telah ditinggalkan yang terletak bersebelahan bekas tapak runtuhan Highland Tower.

Foto ini diambil di tingkat atas banglo dua tingkat terbabit, di tepi tingkap yang telah pecah kacanya.

Mohd Yunus bersama jurukameranya,  Shamsul Irwan Ismail sebenarnya ke banglo ini untuk membuat tinjauan mengenai sebarang aktiviti seperti penagihan dadah.

Bagaimanapun, ketika mereka tiba di lokasi, mereka menemui enam lagi pemuda yang sedang melakukan kajian mengenai alam ghaib/hantu.
Maka mereka melakukan tinjauan di sekitar banglo ini yang dikelilingi semak-samun.

Mohd Yunus sempat merakam beberapa keping foto menggunakan telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, setelah selesai pengambaran, Mohd Yunus dan Shamsul Irwan pergi minum di sebuah kedai, dan melihat foto yang dirakam dan ketika inilah baru perasan, sesuatu yang ganjil pada foto tersebut.

Perhatikan objek putih di belakang lelaki itu, seolah-olah batu nisan putih , sedang mengintai...

Di bahagian luar banglo/tepi tingkap itu, sebenarnya tiada sebarang objek seperti itu di luar dan lokasi foto ini dirakam ialah di tingkat atas banglo dua tingkat itu.

Menurut Yunus, dia amat pasti, tiada sebarang objek samada di dalam banglo atau di luar yang boleh memantulkan cahaya ketika foto itu dirakamkan. Malahan dia juga sebelum itu meninjau ke arah luar tingkap di mana 'batu nisan ' itu kelihatan, bahawa yang ada di luar hanyalah semak-samun...

Eksklusif disiarkan di TV1 setiap Ahad jam 9-30 malam.

20 comments:

Tanpa Nama said...

nampak mcm siput tepi pantai aje...

Tany said...

Hah banglo ni! Masa saya pegi shooting kat highland tower, mmg terasa semacam tentang banglo ni.. yelah, banglo yg ditinggalkan, bukan saja tempat penagih dadah tapi makhluk lain pun ada.. wallahualam

tapi banglo ni mmg nampak sereeeeem

mak_ngoh_selamoh said...

highland tower ibarat kehidupan indah yang telah lenyap dan tenggelam. tentu sahaja ada roh yang tidak tenang dan bdendam
semuanya dengan izin ALLAH s.w.t

Kuwe said...

Budak drug addict mana nak goyang benda benda mistik nih. Lagi berhantu lagi nak jadi port. Heh.

windi said...

effect cahaya agaknya..

Pheonix High Reiz said...

Pelik gak kan bro.. budak - budak dadah tu slamber ajer.. cam takder aper - aper yang berlaku... mungkin sebab dorang dah cam 'Hantu Idup' kot hehehe...

Mama Miraki said...

budak2 dadah ni tak takut ke tempat2 cam tu ye

idazafri kamil said...

hantu yg takut ngan budak2 dadah tu semua.

DarkSky said...

fulamak, real btol batu nisan tuh..

Imran Nang said...

mana ada roh tak tenteram / berdendam ..? semua citer tentang roh yg berkeliaran ...KARUT MARUT! ..

roh orang yg mati semua telah diangkat ke alam arwah utk diterima balasan atas amalan di dunia ... kalu roh roh rilek je gi balas dendam ..wah sronok la roh yg jahat2 tu tak dapat pembalasan ...

tu lah kita, ditipu bulat2 oleh JIN-JIN / SYAYATIN ... depa semua sronot meipu manusia dgn menyamar jadi roh lah, spirit lah / roh Syeikh Kadir Jailani lah ...

Wallahua'lam.

ruby said...

bro leh kenal x brader rtm tu hehehe

Ani said...

aaaa cakottt laaaa.

batu nisan men cak2.

winter gurl said...

seramnya .....byk dengar cerita seram dr sana ....

xordy said...

aku rasa tu pantulan imej seluar mamat baju hitam seluar putih tu

HasneY said...

Imran Nang..tq di atas, penjelasan..ingatkan tadi baru jerk nak jelaskan...berkenaan roh...Betull..roh tidak akan kembali, ianya hanya menunggu hari pembalasan samada baik atau buruk dia atas amalannya ketika di dunia....Manusia seringkali tertipu berkenaan apa yang dikatakan 'hantu' itulah adalah usikan ataupun mainan 'jin dan syaitan' yang terus menerus ingin memperdayakan sekalian anak Adam....

ondscene said...

ruby- amboi, dah jadik ruangan berkenalan la pulak..!!! nantikan cerita hangat..!!

xordy - tingkap tu takde kaca, jadi tiada pantulan.

ye, ini selalunya adalah mainan jin/syaitan yang cuba memperdaya manusia

Friend said...

xde yg seram.. cuma penyampaian mesej.. sbenarnye tu jin nak bgtau kat sume mat² dadah.. maksud tesirat ; "batu nisan sedang mengintai anda".. hehe..

exoshear said...

betul la cakap Xordy.

Boleh jadi jugak tu pantulan cahaya seluar brader yg pakai baju itam seluar belang2 tu. Bile amek gambar pakai flash so lagi cerah la pantulan tu.

Sebenarnye tu cermin XD cuba tengok betol2.

Azrul said...

hehe... akot²..
tegok tol² ader gak cam serpihan cermin yg xabes jatuh..

Friend said...

aa.. setuju.. Xordy betul. exoshear betul.. azrul pun betul..

pantulan bayangan.. kaca x abih jatuh.. klau org rtm tu tau.. malu besar dia.. hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails