06 May 2010

Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Tanah

KM 38
Jalan Lingkaran Tengah 2
Desa Tun Razak Kuala Lumpur
6 Mei, 2010
11-30 pagi

Kemalangan ini berlaku begitu pantas.

Bagi pemandu lori, ini merupakan pengalamannya yang paling mengerikannya sejak 10 tahun lalu, apabila lori dipandunya menggilis perut mangsa.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 11-30 pagi tadi di KM 38 Jalan Lingkaran Tengah 2 dari arah Ampan menuju Bkt Jalil berhampiran Desa Tun Razak.

Motosikal dinaiki mangsa sebelumnya dipercayai bergesel dengan sebuah kereta (dipercayai ebuah kereta Proton Saga) menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan.

Mengekori dari belakang, sebuah lori tanah dipandu oleh Daymonds Mamertus ,35 tahun, dalam perjalanan dari Bandar Tun Razak menuju Bukit Jalil.

Daymonds tidak sempat membrek kerana mangsa jatuh betul-betul di hadapan lorinya lalu menggilis perut mangsa serta mengheretnya lebih 10 meter.

Mangsa, Muhammad Qaiyyum, Jamal Abd Nasir, 24 tahun, dari Jalan 30/146, Taman Desa Tasik, Sg Besi  masih bernyawa beberapa saat selepas digilis.

Orangramai yang mengetahui mangsa adalah berugama Islam dan kebetulan ada yang  mengenalinya, sempat mengajarnya mengucap sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan UKM untuk bedah siasat.

Kemalangan ini turut menyebabkan MRR2 sesak hampir 10 kilometer di kedua-dua arah jalan.


13 comments:

Adziim said...

Motor ngan lori la paling takut...takut kena gilis.

aim-a said...

al-fatihah....

karl said...

Innalillahi wainna ilahirajiun..Al-Fatihah..

capone x said...

Paling takut la dengan lori ni..tolong la pemandu lori..peka dan perihatin kepada penunggang motor...kepada mat-mat motor,jgn la dekat-dekat lori..bahaya...

safrin suka senyum said...

yang bawa motor pun kadang2 macam orang gila tak cukup tanah nak cepat sampai ke tanjung rambutan.. masakan pemandu lori nak perasan penunggang motor yang menggila.. sama2 la kita..

kay_valdez said...

Penunggang motor ni nampak kerdil je dimata pemandu kenderaan lain.selalunya pemandu kereta ni suka sangat bertukar-tukar lorong tanpa bagi signal.ada jugak kereta yang tak reti bawak lurus,elok-elok kat tengah,tetiba je rapat ke tepi.
Motor ni kalau tergesel sikit pun senang sangat hilang kawalan..biasalaa tayar 2 je.

Shuttler said...

al-fatihah utk mgsa..
pnanggang mtosikal.. anda kena brwaspada dgn lori ( lori pasir ke, lori 1 tan, lori kntena, atau plbgi jenis lori lain ) jgn benarkn lori ni follow kita dekat dan kita sbgi pnggang mtosikal pn jgn follow dorg dekat... klu x nk dekat dgn lori, benarkn lori ptong kita..

pakcik said...

arwah ada bau2 bacang dengan saya..selamat dikebumikan lepas isya' semalam (6/5/10)..

kerol syahmi said...

alfatihah utk arwah yg juge spupu sy...
xdpt nk dtg mse dkbumikan...
mudah2an arwah ditmpatkn bersame2 org yg beriman....aminn

mr. hafis said...

al fatihah untuk arwah. rakan seperjuangan di sekolah teknik dulu(sekelas).

LifE iS a maZe & lOvE iS a RiddLe.... said...

ermm,saya pon sangkut jalan sesak masa hari tu...mmmg tak boleh gerak..jalan sesak dari tesco midah masa tu...al fatihah untuk arwah...

AeMieZ EzZanY said...

alfatihah..hati2 la korang yg selalu bawak moto ni..huhu.. kita laju pun kita la yg kena.. kita slow pun kita gak yg kena!

joe said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails