08 May 2010

SORRY PDRM, TESILAP SAPU


Sg Buloh
Petaling Jaya
8 Mei, 2010
8-30 pagi

Akhirnya, dengan penuh rasa tanggungjawab dan memikirkan banyak kesusahan yang menimpa pada yang terlibat, seorang penyamun dengan penuh rasa 'insaf' dan rasa bersalah, 'memulangkan' kembali kereta yang dicurinya.

Penyamun terpaksa mengambil keputusan yang amat berat untuk memulangkan kembali kereta itu setelah bersusah-payah untuk melarikannya.

Mungkin penyamun terbabit pada mulanya tidak menyedari kereta Proton Perdana yang dicurinya adalah milik Ketua Polis Selangor.

Kereta Proton Perdana V6 ini ditemui kira-kira jam 8-30 pagi tadi ditinggalkan berhampiran sebuah Pusat Pameran Kereta di Prima Damansara.

Sekeping nota turut ditemui bertulis :

SORRY PDRM, TESILAP SAPU

Kereta Proton Perdana ini sebelumnya dilarikan penyamun kira-kira jam 8-15 pagi Khamis lahu di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9, Shah Alam.

Kereta ini ditinggalkan berhampiran sebuah restoran ketika pemandunya bersarapan pagi, manakala Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berada di Singapura atas urusan kerja.

Kereta ini ditemui oleh 3 anggota polis dari Balai Polis Damansara Damai ketika melakukan rondaan untuk mengesan kereta terbabit.

Yang menariknya, penyamun tidak menukar nombor kereta ini kepada nombor pendaftartan palsu sebagaimana bniasa dilakukan oleh penjenayah.

Barangan di dalam kereta ini juga didapati tidak hilang.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jewnayah Selangor, ACP Khaw Kok Chin, penjenayah dipercayai mencuri kenderaan itu selepas mengumpil pintu depan sebelah kiri untuk masuk sebelum memotong alat penggera bagi mengelak perbuatannya dikesan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Dari kes ini dipercayai anggota dan pegawai polis bertungkus-lumus untuk mengesan kenderaan terbabit menyebabkan ada yang tak tidur lena atau  tak dapat tidur selagi kereta tidak ditemui.

Bolehkah perkara yang sama dilakukan jika kereta orang awam yang dilaporkan hilang, turut dilancarkan gerakan besar-besaran dilakukan?...

Jawapannya, anda sendiri yang tahu.

Dan, secara lojiknya, sekurang-kurangnya ucapan terima kasih kepada penjenayah ini kerana telah memudahkan kerja polis tanpa perlu lagi bersusah-payah mencarinya di merata tempat.

Bayangkan jika kereta ini telah dikerat 16 sebaik berjaya dilarikan...


21 comments:

From The News said...

aih..bila kereta polis tau pulak dia pulangkan..

haha tapi kelakar pula..siap tinggalkan nota.. takut juga penyamun ni..kecil-kecilan kut

sweet life said...

hahaha...tersilap sapu...
batalkan je lah niat..
nak sapu keta yg lain juga...
tak halal pun...

Tany said...

kahkahkah..!
Dah tau kete pdrm, boleh pulangkan balik, dan siap tulis nota lagi.. hahaha sgt sgt sgt lawak penyamun nie..

siapa suruh buat keje haram?

deeja said...

hihihi...penyamun tersalah sapu.

haikal said...

ish aku lak yg insaf hu3

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hahahaha... adoii... kelakar betul. Siap tinggalkan mesej tu.

kyo_9 said...

hahaha.. dah jumpe balik ek?
penyamun ape nih leh takut ngan KPS..
x rock aa camni~

hakimfaridzul said...

bahahahaha

siap tinggal nota!!!

wakakakaka

penyamun dah kecut perut weyh!!!

Adziim said...

Nampaknya "perfect crime" tidak berjaya.

Faizal@PeJAY said...

blog walking

Shuttler said...

perrrghhh. penyamun ni mmg bijak.. klu d trus rembat ketua polis selangor 2, cnfrm smpai lubang cacing d kena hmbat dgn polis2 kt selangor... dan kmgkinan lgi 1 d ni pncuri kecil2 je...

eniza8013 said...

Sdra pengarang. Saya amat bangga dgn usaha sdra menyiarkan rakaman gambar2 penemuan dn pemeriksaan keatas kereta KP Selangor yg telah dijumpai, namun apa yg dikesalkan komen sdra telah mengguris perasaan kami sebagai anggota pdrm. Memang tidak dinafikan pihak polis telah bekerja bertungkus lumus untuk mengesan kenderaan terbabit menyebabkan ada yang tak tidur lena atau tak dapat tidur selagi kereta tidak ditemui. Sindiran sinis sdra berbunyi... "Bolehkah perkara yang sama dilakukan jika kereta orang awam yang dilaporkan hilang, turut dilancarkan gerakan besar-besaran dilakukan?..." amat dikesalkan. Adakah sdra tau apa yg sdra katakan itu? taukah sdra, bahawa keta rasmi KP Selangor itu adalah harta kerajaan? tidakkah bermakna harta kerajaan itu adalah harta rakyat juga? bukankah rakyat yg memilih kerajaan dn mereka juga adalah pembayar cukai? Mengapa sdra membandingkan harta kerajaan dgn harta persendirian? bukankah kereta orang awam itu adalah milik persendirian dan juga harta persendirian? adakah sdra tahu pihak polis tidak menjalankan usaha bersungguh2 jika kereta orang awam dilaporkan hilang. Maaf jika keterlaluan menegur sikap bias sdra dlm membuat ulasan terhadap foto sdra. Saya berharap sdra lebih berhati2 membuat komen dimasa hadapan. jangan terlalu prejudis terhadap PDRM. Kalau nak tahu maklumat lanjut mengenai PDRM sila layari laman portal ini. Terima kasih. http://www.facebook.com/?ref=logo#!/group.php?gid=78422134966

Imran Nang said...

salam semua, yaa dalam kes ini saya kesian kepada pihak polisi, menurut mereka (lupa lak baca kat mana, blog lain kot ..) .. polis terima repot keta / moto ilang purata dalam 2 kes seminggu .. sebulan dalam 8 / 10 kes ... mana la cukup orang nak setelkan semua kes ..

oleh itu jagalah keselamatan kenderaan kita semua .. yg pnting jgn letak barang berharga dlm keta .. sekian ..

kraznaya said...

agak-agak nih nam jahanam masa P ramli dulu tak? Kelakar penyamun nih!!

TeRRoRRiZZ said...

moral of the story........
jangan mencuri...
tak kesah la harta sape pun....
itu bukan milik anda...
sekian terima kasih..

pakcik said...

hehe..seara realiti & logiknya, saya sependapat dgn pertanyaan bro syam..jika kereta ini adalah kereta awam, adakah polis akan menjalankan operasi besar-besaran sepertimana yang dilakukan terhadap kereta rasmi KP Selangor? jawapan ada dalam hati saya, org lain tabley tau..(hehe, bro syam tak ckp pun polis tak buat gerakan besar-besaran -`anda sendiri yang tahu', itu jawapan dia)..

tapi, apa2hal pun, saya respek dan sanjung pihak polis, tanpa anda, negara akan jadi kucar-kacir..terima kasih PDRM!!

unknower said...

ENIZA8013 Jangan la mengecilkan hati abg ondscene yg berjiwa besar ni..

Adakah POLIS ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang2 berkepentingan @ orang2 awam?

Banyak persoalan yg boleh ditimbulkan utk menyoal komitmen POLIS..

Fikir dalam2 sape yg bias skrg? Awak ke ondscene?

eniza8013 said...

Sdra Pengarang ondscene dn pembaca unknower: Terima kasih diatas respon anda mengenai komen saya. Sila baca balik komen saya ayat demi ayat dari mula hingga akhir kemudian buat penilaian anda sendiri siapakah yg bias. saya rasa jika anda seorang anggota polis diajukan sindiran tajam yg mengguris hti sedemikian, anda juga akan terasa pedihnya. Anggota polis bertungkus lumus bekerja siang malam 24jam menjalankan tugas penuh didekasi, tiba2 ditanya soalan sinis spt itu, tentulah mrka merasa terhina. Memang penulis blog boleh menafikan dgn memberikan bermacam2 alasan rapuh namun mrka yg membaca boleh menilai sendiri. Siapa kata polis tidak bertungkus lumus mencari kereta org awam yg dilaporkan hilang? polis mempunyai prosedur yg sistematik menyalurkan apa juga maklumat yg perlu diambil tindakan diperingkat `ground'. Cuma bezanya kes kehilangan keta KP Selangor itu di publisitikan oleh pihak media. kami ada fakta berapa banyak keta org awam yg dilaporkan hilang dn berapa banyak yg berjaya ditemui semula. Sya cuma berpesan agar berhati2 dalam membuat ulasan foto dimasa2 akan datang. Anda tak perlulah melatah panjang lebar spt menegakkan benang basah. Bukan kerana keta milik KP selangor maka barulah polis berusaha bersungguh2.. tidak! wa'ima keta org awam sekalipun usaha yg sama dijalankan. Utk makluman semua, pd mlm sabtu lepas saya memandu di kawasan PJ dlm perjalan balik ke KL, secara kebetulan saya terserempak kereta peronda sedang menahan dn memeriksa sebuah keta perdana V6 warna hitam cermin gelap di PJ dn Jalan Bangsar. dua tmpat yg berasingan. Terfikir dlm hati saya, bahawa anggota peronda telah menjalankan tugas mrka dgn baik. Apakah signifiken yg dpt kita lihat? kerana komitmen yang ditunjukkan anggota peronda itu lah yg telah berjaya menemukan semula keta KP Selangor itu. Pencuri keta tsbt sudah tentu ada terlihat apa yg saya lihat sepanjang keta curi itu berada dlm tangannya. Tinggal lagi dia masih bernasib baik tidak terserempak dgn keta peronda semasa memandu keta tsbt. Oleh kerana tdk mahu mengambil risiko lebih lama (sbb takut dikesan, dikejar dn ditembak oleh polis) maka pencuri keta tsbt telah bertindak meninggalkan keta dgn nota meminta maaf. Sya ingin bertanya, jika pihak polis tidak menunjukkan komitmen yg tinggi, agak2 adakah pencuri itu akan memulangkan semula kete tsbt? jawabannya anda fikirlah sendiri. Kepada pembaca sekalian, pihak polis tidak minta disanjung.. sekadar tidak dikritik, disindir atau dicemuh bagi kami dah cukup baik sebagai satu penghormatan dn ucapan terima kasih trhdp polis yang mengawal keamanan agar kita dpt tidor nyenyak setiap malam. Kepada penulis blog, saya bagi pihak semua pembaca (tak kira samada yg anti polis mahupun yg menghargai khidmat polis) memohon ribuan kemaafan jika sdra penulis blog merasa tersinggung dgn komen2 dari saya. Saya berharap agar kita dpt berinteraksi dlm situasi yang lebih harmoni dimasa2 akn datang untuk faedah bersama. Usaha sdra memang dihargai. Terima kasih.

Amiszan said...

Pada akulah..Ondscene tiada niat pun nak menyinggung perasaan PDRM pun..

Friend said...

sama² minta maaf sudah.. sedangkan musuh&penyamun pun boleh mintak maaf.. ni kan pulak kita same² golongan yg bekerja cari nafkah halal... renung² kan.. slamat ber amal.. hee..

ADIWIRA said...

ini menunjukkan penyamun pun tahu respect jasa2 PDRM dgn memulangkan kembali kepada 'pemiliknya'.. tapi sebaliknya pula bg org awam.. kalau setakat penyamun nak potong, dah lama kereta tu dipotongnya, tak tinggal bekas..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails