23 May 2010

Tulis Karangan Bertajuk : Lembu Terjatuh Ke Dalam Longkang.......



Berhampiran
Stesyen LRT Sentul Timur
Kuala Lumpur.
22 Mei, 2010
7 petang

Pada suatu hari, sedang saya berjalan ke Stesyen LRT Sentul Timur, saya terlihat tersangat ramai manusia sedang mengelilingi sebuah longkang.

Saya ke Stesyen LRT itu kerana saya hendak mengambil kawan saya yang dijangka sampai di situ jam 7-15 malam.

Saya merasa teruja untuk melihat apakah yang dikerumuni oleh orangramai itu, menyebabkan saya terus ke situ untuk meramaikan lagi orang di sana.

Sebaik saya tiba, alangkah terkejutnya saya apabila terlihat seekor lembu yang sangat besar sedang berdiri di dalam longkang itu.

Saya sangat hairan bagaimanakah lembu itu boleh berada di dalam longkang yang agak dalam itu.

Saya pernah bertemu dengan pemain badminton Mohd Hafis Hashim yang tinggi itu, jadi saya anggarkan longkang itu juga sedalam sama tinggi dengan pemain badminton itu iaitu 2 meter.

Saya lihat, ada yang cuba mengangkat lembu itu tetapi tidak berjaya kerana lembu itu sangat berat.

Tidak kurang juga yang bermesyuarat mencari jalan bagaimana untuk mengeluarkan lembu itu.

Lembu itu asyik berkokok, mengembek, mengaum, mengemooooo, menjerit kerana mungkin ketakutan akibat hari telah malam.

Saya juga berfikir untuk membantu dengan mengangkat lembu itu, tetapi saya bimbang tidak larat.

Akhirnya, saya terdengar bunyi "nee.nooooo.....neee...noooo...nee...nooooo" membuatkan saya terkejut.

Rupa-rupanya ada orang telah memanggil ke talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan mengeluarkan lembu itu dan datanglah anggota Jabatan Pertahanan Awam ke situ.

Ketika bersembang dengan orangramai, mereka memaklumkan lembu itu kepunyaan sebuah kuil tidak jauh dari situ yang terlepas.

Lembu itu pula sedang mengandung tetapi saya tidak tahu sudah berapa bulan dan siapa bapanya, suaminya.

Saya lihat anggota Jabatan Pertahanan Awam berusaha untuk mengeluarkan lembu itu menggunakan tali dan tangga.

Akhirnya, lembu itu berjaya ditarik jam 7-45 malam, dan itulah pertama kali saya melihat lembu menaiki tangga.

Sungguh pandai lembu itu menaiki tangga dan tidak menjerit, dan ramai orang bertepuk tangan.

Kemudian saya terus pulang, kerana saya terlupa mengambil kawan saya di Stesyen LRT itu.

Sekian sahaja karangan saya bertajuk Lembu Terjatuh Ke Dalam Longkang, semoga cikgu memberi markah yang tinggi kepada saya...

26 comments:

Mama Miraki said...

pandai lembu tu naik tangga yea....sat lagi ajar dia naik lift pulak. kelakar baca entry ni....hahaha

AdryDaud said...

Haha...entri kali buat sy tgelak. Biasa dok bc yg serius. Utk lembu, istilah bnyi dr mulutnya adlh melenguh bkn mengemoo atau mengembek. Kesian lembu tu, msti dia takut kna marah kat 'suami' sbb lmbt blik rmh(kandang). Pandai pulak lembu mengandung tu naik tgga.

dUrRaNi said...

hahahahaha...lawak tol entry niii...

zaidi said...

ha ah la kan, kat area situ memang banyak lembu. pernah sekali saya ternampak sepasang lembu masa driving tengah malam kat situ....ingatkan mahkluk halus yang kacau, gabra gak aa.........ye la kan, mana nak carik dah lembu merayap tak berkawal tengah kuala lumpur nih. 40 tahun dulu ye la kot....

mak_ngoh_selamoh said...

sebaik sahaja baca karangan nih mak ngoh ketawa skit-skit... lawak la bila kanak-kanak karang cite..eh eh kanak-kanak kerrr?

zonaku said...

hehehheheeee......


lps ni semelih jer..... apoda, bela lembu tp x pandai jaga. patut panggil jer geng kuil tu setel sdr..... tgk lembu py pasal, harap x der y tlepas maghrib yer


lupa, apa jadi kat kawan tu???? blk ngan apa?

aim-a said...

zonaku..lembu tu tgh mengandung..tak bley sembelih lagik..kne tunggu dier beranak dulu.

papepun..best karangan ni...cekgu kasik A++ :D

Azrul Hisham said...

olololo...kesiannya lembu tu :)

hayatiharun said...

hahahha...macam karangan budak Form 3 je..yg nak ambik SRP dulu...papepun tahniah....Saya kasi markah C-.....ok???

Shima Ibrahim said...

adoh klaka entry nih!! meleleh air mate!

Suzila said...

Kikikikiki, mcm karangan budak sekolah darjah satu pon ada but is cute n melapangkan fikiran sebentar :)

winter gurl said...

Lawak juga , tak sangka lembu pun pandai naik tangga.

maybe lembu tu melarikan diri tergesa-gesa drpada kena sembelih, tp nasib x menyebelahi dia....kasihan terjatuh dlm longkang

ateeka amer said...

gelak habis baca entry ni. sebelum ni siyes jek :)

Lazyf said...

Hahahaha...siyes lawak giler!!!pemes la lembu tuh pasnih...hahahaha

Ani said...

ni la bahana pemilik lembu mbela lembu tapi tak reti jaga ngan betol.

merayap kawasan penduduk/perumahan..buang najis merata...silap hb kenderaan boleh telanga lembu yg mrayap ni, leh sebabkan kematian!.

dah la lembunya kaler itam.
lain la kalau dipakaikan baju pantul cahya.

abanglong said...

bagus...

karangan awak dapat markah baik. untuk kerja rumah, sila buat karangan kambing pulak yer.


haha... entry lawak bro!!!

moral of story - kawan bro kena naik teksi... itu lumbu punya hal laa hahaha

tengku nizam said...

hahahha.. klakar gile~
mcm budak nak blajar wat karangan jer.. hehehe....

Nerzhul said...

hahaha. semua orang tepuk tangan. memang macam karangan mase sekolah.

HasneY said...

curlastt...ent3 nih..he.he..cikgu2..nak kasi markah baper nih atas karangan berkenaan lembu inih...he?

ondscene said...

sebenarnya, bila lembu tu dah keluar longkang, takdelah tinggi manapun macam hafis tu.. agak2 setinggi sheila majid je..
dan kawan tu pulak, dia dah tersilap turun stesyen, dan nak call, hp dia tak da kredit..
haha.....semoga cikgu bagi le markah a+ cukuple...

Mohd. said...

yang best tentang cerita ni, part yang last sekali tu,
"say terlupa mengambil kawan saya di stesen itu"..
lembu punye pasal.. lupe kawan beb.. kahkah..!!

kay_valdez said...

aii..tetiba je format brubah..angin baik ke bro??confirm time menaip karangan di bro ketawa terkekek-kekek sorang-sorang..ni yang buat blog ni happening.

Tany said...

Hahahaha lawak tahap gaban..! Entry ini paling terbaik

Mesti karangan ni dapat A+!

Sharinginfoz said...

memang bagus i give 10 out of 10

Kaitan Jumlah Entry and Pelawat

Syahazli said...

Ksahkahkahkahkahkah gelak besar kali ni......

elmyolen said...

sian kat lembu tu..nasib baik dia dapat keluar dari longkang tu..buatnya hujan pastu air longkang tu penuh mesti dia 'KO' kat situ..:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails