30 June 2010

Pelakon Wanita Terkenal Kemalangan -Pejalan Kaki Maut

Jln KL-Ipoh
berhampiran Pasar Borong Selayang
Kuala Lumpur
30 Jun 2010
12-15 tengahari

"Saya benar-benar terkejut apabila wanita itu langsung tidak melihat kiri-kanan dan terus melintas di hadapan kereta saya."

"Saya tidak sempat mengelak kerana kejadian berlaku terlalu pantas. Saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku dan simpati kepada keluarga mangsa"


Itu antara luahan kata-kata dari pelakon drama terbabit ketika saya temui di lokasi kejadian.

Apa yang pasti, pelakon wanita itu benar-benar trauma dan terkejut dengan apa yang berlaku malah dia kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12-15 tengahari tadi di laluan Jalan Kuala Lumpur - Ipoh berhampiran Pasar Borong Selayang arah Kuala Lumpur.

Kemalangan berlaku apabila seorang wanita warga emas warga Myanmar melintas di laluan yang sentiasa sibuk ini.

Mangsa yang tercampak ke arah cermin hadapan sebelah penumpang, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Dramatis Juhara Ayub, 36 tahun dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan ,Aswara di Kuala Lumpur.

Juhara bertugas sebagai Kordinator di Aswara.

Sebaik kemalangan berlaku, Juhara segera menelefon suaminya yang bergegas ke tempat kejadian.

Keadaan menjadi lebih mengharukan apabila anak perempuan kepada mangsa dan juga beberapa rakan warga Myanmar, tiba di lokasi.

Anaknya menangis dan meratap kematian ibunya, bagaimanapun saya tidak berapa faham apa yang diperkatakan ketika saya cuba menanyakan kepadanya.

Apa yang saya faham dari tutur katanya, ibunya dari pasar dan hendak pulang ke rumah dengan melintas jalan.

Laluan ini memang terkenal dengan kemalangan maut membabitkan warga asing yang melintas jalan yang sentiasa sibuk.

Jejantas pejalan kaki terletak jauh dari lokasi ini.

18 comments:

fajridil adha said...

siapakah gerangan pelakon wanita terbabit?[my blog]

Nur said...

sapa ya.. adakah dia atau si mangsa pejalan kaki yg salah..

kasihan perempuan myanmar tu

kakchik said...

memang trauma sekali bila terlanggar orang tak kira sama ada cedera atau maut tapi bila membawa maut traumanya lebih besar. semoga juhara dapat mengatasi traumanya dan keluarga mangsa dapat menerima suratan takdir.

azieazah said...

Menjawab soalan komen pertama tu, pelakun itu ialah JUHARA AYUB.

Kesian, malang tidak berbau. Begitulah...

aReaL said...

Salam, Bro OnDScene.. Mintak Pinjam Info Dan Gambar...

Kemalangan Kerap Berlaku Di Jalan Ni.. Kepada Yang Baru Membaca OnDScene Ni, Try Korang Selak2 Entry Yang Terdahulu Dalam Blog Ni.. Kebanyakan Kemalangan Berlaku Melibatkan Warga Asing...

Dramatis Juhara Ayub Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri, Wanita Warga Myanmar Maut

MrsNor said...

boleh bayangkan betapa traumanya Juhara tu .. yg mangsa tu dah sampai ajal ..

A-Y-I-E said...

Ya Allah.. Melihat gambar yang ke-6 itu, saya sungguh sedih...

Tetapi itulah ketentuan oleh Allah S.W.T

Friend said...

diharap polis trafik memantau stiap hari kwsan bekenaan.. siapa yg melintas.. saman..

klau kerap sgt warga asing yg melintas, diharap imigresen pula memantau keadaan..

kes mcmnila buat kita slalu x senang hati mase memandu.. kwsn highway, x smpat brek.. langgar org. maut.. trauma.. insuran/takaful.. dll..

pepun, takziah diucapkan pd kluarga mangsa..

dan yg melanggar x perlu trauma, anda x salah.. bykkan istighfar utk tenangkan hati..

Miey said...

Terlalu kerap kemalangan maut berlaku di kawasan ini, saya cadangkan pihak berkuasa membina sebuah lagi jejantas jika pembinaanya ditentukan bersesuaian.

Saya juga cadangkan jika boleh membina hadangan pagar atau tembok yang tinggi di kedua-dua belah jalan di sana kerana saya perhatikan selalu sangat orang ramai mengambil risiko membahayakan nyawa sendiri mengambil sikap mudah melintas di jalan yang sibuk itu.

Jika boleh le kena buat line kuning zebra kat kawasan tersebut kerana kenderaan semuanya laju2 semuanya.

Itu cadangan saya sahaja.

Zairi Ismail said...

lokasi ni memang banyak berlaku kemalangan... sepatutnya dibina sebuah lagi jejantas di kawasan brkenaan kerana yg sedia ada memang jauh sangat dari situ...

Hasney said...

Innalillah....Kawasan tu ramai benar warga asing. Pernah tengok berita tak silapla. Penguatkuasa rush kat Pasar Borong Selayang tu, sekali..ramai warga2 asing ni, suka hati jerk melarikan diri menyeberangi jalan tu. Tp tak ada kemalanganlar. Sementara, pasar borong tu tinggal kosong,....org tak dapat, penguatkuasa sita barang2 jerkla...buah2an, sayuran2 dsbgnya. Nampak sangat kawasan tu ramai warga asing Bangladesh, Myanmar, Indonesia. Kalau diorang ni ada permit kenapa nak lari kan?...Cuba Penguatkuasa buat rush sekali lagi....ada yang mungkin jadi mangsa jalan raya ini. Apapun, takziah pada keluarga mangsa.

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum bro

sy tggal di Selayg.
jln ni mmg sentiasa sibuk dan selalu sgt warga myanmar bergadai nyawa cuba melintas jln.

pernah sekali sy hampir melanggar waga asing yg lari bw troli nk lintas jln. mmg bahayakn byk pihak.

polis patut pantau sebbnya kwsn ni mmg selalu berlaku kemalangan. bukan slh pemandu 100% sebb sekiranya berhenti mengejut maka akn berlaku kemalangan berantai. kereta semua laju2..

sreSHAziela said...

tak serik2 drg ni.. ramai dah mati kat situ.. tp degil nak lintas jgk.. jejantas ade tak guna..

ke kena request MPS bina jejantas 1 lg btl2 dpn pasar borong?

WW Bridal Boutique said...

lalaun ni memang tempat sayer ulang alik untuk ke tempat keje..memang kat cni warga2 asing yg bekerja di pasar borong slalu melintas untuk pulang ke rumah..tempat ni memang banyak kes accident..dah tau jalan ni memang sibuk 24jam..kenapa lah still nak sesuka ati je melintas jalan..

wan_cikgumuzik said...

saya hari2 pg keje ikut jalan nih.. kebanyakan kejadian kemalangan sye bley jupe.. diaorg pun dh tahu kata laluan tu merbahaya.. dok lintas jugak sape soh.. hmmmmm.

ROHAIFI AZRI said...

TUAN...
MOHON COPY-PASTE KE BLOG SAYA, http://cakklepi.blogspot.com/

mat nisfu said...

Ini satu fakta !.

Tahukah anda, sejak kewujudan Pasar Borong di tahun 80an, kes kematian akibat dilanggar semasa melintas jalan di hadapan Pasar Borong adalah paling tinggi di antara mana - mana jalan di Malaysia! Majarotinya .. warga asing.

Tahukah anda , bahawa pihak polis FRU pernah ditempatkan di Pasar Borong semata - mata untuk memantau kedegilan pemandu yang suka parkir kereta di bahu jalan menghala ke KL.

Tahukah anda sehingga sekarang, pihak berkuasa samada PDRM atau DBKL masih tak mampu menyelesaikan isu kenderaan diparkir di bahu jalan Pasar Borong Selayang. Samanlah sebanyak mana pun, mereka totap dogil.

Tahukah anda, setiap hari ramai pengguna jalanraya yang menghampiri Pasar Borong Selayang akan menambah " dosa kering" kerana menyumpah kenderaan2 yang diletakkan dibahu jalan Pasar Borong.

Rynz Azha said...

salam,

abang sham saya nak tanya ada tak tahu apa pasal kejadian kemalangan dekat elite highway menghala ke klia membabitkan lori dan keta satria neo? kejadian pada hari isnin or selasa tak silap saya.

kalau ada tahu mohon update saya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails