22 June 2010

Penerbit Selamat Pagi Malaysia RTM Maut Kemalangan

KM 59
Jalan KL-Ipoh
Kuala Kubu Bharu
Hulu Selangor
22 Jun 2010
1 petang
                                           (foto ini dari Facebook arwah)
Bagai sudah tahu akan pemergiannya, lagu Selamat Tinggal merupakan lagu pada 'ending credit'  rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitannya pagi tadi.


Lagu terbabit yang dinyanyikan oleh kumpulan band Titiwangsa menjadi penutup rancangan terbitannya dan beberapa jam kemudian, dia meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Noor Azaha Rasadi, 33 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Proton City, Behrang Stesyen, di Tanjung Malim setelah selesai bertugas di Angkasapuri pagi tadi.


Siasatan awal mendapati, kereta Proton Iswara dipandu mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan pacuan 4 roda, jenis Mahendra Scorpio jam 1 petang tadi.

Mahendra dipandu seorang lelaki, berusia 51 tahun bersama isterinya, berusia 50 tahun.

Kemalangan berlaku di KM 59 Jalan KL-Ipoh, berhampiran Dataran Kuala Kubu Bharu.

Akibat hentakan kuat, Noor Azaha ,cedera parah di tengkuk dan kepala dan maut di tempat kejadian.

Mayat dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.


Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Mangsa telah bertugas di RTM sejak 8 tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affendi, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Supt Norel, ketika kejadian, cuaca baik dan jalan tidak licin pada laluan lurus ini.

-----------------------------------------------------------------------------------
Di Hospital Kuala Kubu Bharu, mayat dituntut ahli keluarga sebelum di bawa ke kampungnya di Malim Nawar untuk dikebumikan.

Turut berada di bilik mayat, isteri, Naida Hazmi Khalil, 33 tahun dan rakan-rakan setugas arwah dari RTM.


Jenazah dibawa pulang ke kampung dengan bantuan kenderaan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, tempat Naida bekerja.


Nota: Baju yang dipakai arwah ketika kejadian adalah sama dengan baju di dalam fotonya pada paparan di Facebook

21 comments:

a kl citizen said...

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau

me, myself & mbek said...

nampak mmg kuat betul impaknya tu....
dia pakai ke x talipinggan tu yerk???... kalau pakai mmg dah ajal dia la... kalau x pakai mmg payah nak survive dgn impak sebegitu..

apapun al-fatihah kepada keluarga mangsa.

ain_ina said...

salam takziah bt k.naida sekeluarga.. arwah dan keluarga agak rapat dgn kami.. semoga rohnya aman di sana..

Zulkefli Shamsudin said...

Takziah kepada keluarga Azaha. Saya berada di rumahnya malam tadi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan. Beliau selamat disemadikan jam 11.30 malam.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin

mohd shazwan nabil said...

takziah kepada beliau..

goliath said...

al fatihah. bila melihat airmata naida, terasa saya masih beruntung kerana belum kematian orang tersayang. hanya kehilangan sahaja. MasyaAllah. terima kasih bro. ondscene. impak gambar gambar bro. bukan sekadar melahirkan kesedihan dan kesedaran tetapi juga kesyukuran pada yang satu.

Hasney said...

Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga isteri dan keluarga lain dapat menerima dugaan dan ujian Allah dengan tenang. Kasihan anak2 yang kecil masih tidak mengerti apa.

Apa terjadi dgn pakcik makcik yg langgar kereta mangsanih agaknya. Mudahan mereka di dakwa akibat memandu dengan cuai.

SITI NORBAINI said...

Takziah buat keluarga arwah Azaha Rasadi..saya sangat sedih dengan kepergian beliau semalam..Damai di sana hendaknya...

Dia seorang sahabat, abang dan penerbit yang sangat baik...Al-fatehah.

ZieSalikan said...

takziah.....

Bro Framestone said...

alfatihah buat arwah

bro pinjam pic dari sini untuk entry bro ek

http://www.broframestone.com/2010/06/al-fatihah-buat-arwah-azaha-rasadi/

Ani said...

impak kuat pun leh bawa maut.

rasanya arwah pakai tali pinggang.
kalau tak , mesti cermin depan dah pecah.cermin depan tu ok lg...

sekang ni bwk kete berjaga2 depan belakang kena awas.
mana la tau ada lori/kenderaan besar bwk mcm hantu rempuh .
dan dah byk berlaku kes mcm ni.kat trafik light lg tu.

EinaZ said...

Takziah untuk Naida sekeluarga. Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikulnya. Memang perit kalau kehilangan orang tersayang, tempat bergantung kasih, tempat bermanja... tempat meluah segalanya. Hope Naida tabah... demi anak2! Al Fatihah untuk arwah.

kayel said...

salam takziah untuk keluarga mangsa...

rasa sedey dan sayu apabila terdengar berita2 yg mcm ni...kuat impak tu, heran gak mcm mn tiba2 4 wheel tu leh langgar cam tu...yer laa dah ajal dah sampai dah...hati2 apabila kenderaan besar menghampiri anda secara tiba2...

only me said...

Salam,
kreta iswara sy juga pernah dirempuh dari blakang. sy dan suami terkejut kerana rempuhan sangat kuat. namun Alhamdulillah, kerosakan tidaklah banyak.mujur kami juga tidak apa-apa. berdasarkan gambar kreta arwah yg remuk , sy dapat mengagak impak dan situasi rempuhan. Masya allah..
salam takziah buat isteri dan keluarga arwah.

only me said...

goliath,
sy amat stuju pnpdt anda. juga amat bersyukur masih dikelilingi insan insan tersayang.
trima kasih bro ondscene.

Iskandar said...

Kenapa ada yang kaitkan mangsa dengan tali pinggang? Please use basic science & common sense.

Rempuhan belakang mengakibatkan 'backward thrust', mangsa ditujah ke belakang. Tali pinggang sehebat mana pun tak mampu nak tampung. Yang tolong 'absorb' impact & peranan keselamatan ketika pelanggaran dari belakang, ialah faktor kerusi dan posisi headrest kereta. Tapi dengan rempuhan yang kuat, sesiapa pun akan mengalami serious injury @ fatality.

Salam takziah kepada keluarga arwah. Sekiranaya yang melanggar itu cuai & laju, Pihak Polis janganlah ragu2 untuk ambil tindakan undang2.

joe said...
This comment has been removed by the author.
MrsNor said...

Takziah kepada keluarga Azaha..menitis airmata melihat gambar isterinya menangis kehilangan tempat bergantung...moga rohnya ditempatkan di kalangan org beriman

aReaL said...

Alfatehah Buat Mangsa.. Mungkin Kenderaan Yang Melanggar Mangsa Di Pandu Laju..

Datuk K Tak Mampu Bayar Saman Ke ?? RM12,100.00 Je Kot...!!!

sya said...

Salam

Saya bagi pihak Naida (isteri arwah) - untuk pengetahuan semua, arwah memang pakai seat belt semasa kejadian...dan pesanan dari isterinya - beliau amat sedih melihat photo2 yang diupload disini dan mohon supaya semua hentikan ulasan2 yang boleh menyentuh perasaan dia dan anak (Muhammad Amirul Hakimi , Muhammad Umar Qhaliff , Nur Nisrina Nabihah). Al fatihah untuk arwah dan semoga Allah swt memberi hidayah ke atas roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Kesempatan ini - mari kita berdoa untuk Naida dan keluarga supaya semua urusan selepas ini berjalan dengan lancar.

AMIRUL said...

saya rasa amat perit bila melihat gambar suami di masukkan dalam blog ini... cukuplah... kepada yang upload gambar ini saya rayu untuk dikeluarkan cukuplah gambar kenderaan... Ada yang menunjukkan gambar ini kepada anak saya... Menangis dia....tuhan saja yang tahu perit derita yang tanggung. Saya memohon jasa baik blogger ini tolonglah keluarkan gambar yang menyentuh hati saya dan anak saya. Simpanlah asedikit rasa simpati dan hormat kepada keluarga arwah... terima kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails