17 July 2010

Artis Remaja Nyaris Ditipu Di Karnival Telefon Bimbit

Taman Connought
Cheras, Kuala Lumpur
17 Jul 2010
12 tgh

2 telefon bimbit - sebuah i-Phone dan sebuah Nokia dengan hanya RM1000 sahaja.

Harga gila, runtuh dan merudum itu sebenarnya adalah harga untuk dua buah telefon bimbit tiruan...

Malangnya, ramai pengguna tertipu dan ditipu , di mana penjual berselindung di sebalik Karnival Telefon Bimbit yang sebenarnya, mereka kebanyakannya menjual telefon tiruan, palsu dan 'tidak cukup sifat' tetapi mendakwa sebagai tulen.


Dan nasib menyebelahi artis wanita remaja ini, yang berusia 17 tahun, kerana ketika dia hendak membayar untuk telefon bimbit 'tiruan' yang tidak diketahuinya, karnival itu diserbu pihak berkuasa...

Semalam, Shahila Shariff, 17 tahun, singgah di Karnival 'Penipu' ini yang terletak hadapan sebuah pasaraya besar di Taman Connounght Cheras.

Dia bersama ibunya, Noriah Mat Isa, 42 tahun, kemudian dipujuk dan diyakinkan oleh salah seorang penjual, bahawa telefon bimbit yang dijual adalah tulen.

Selepas tawar menawar, dua telefon bimbit itu berharga RM1000, yang mana harga sebenar adalah kira-kira RM3000.

Shahila atau Heela, membayar deposit RM200 dan berjanji datang keesokannya untuk membayar baki RM800 dan mengambil telefon bimbit itu.

Dan, kira-kira jam 12 tengahari tadi, Shahila datang bersama ibunya ke tempat semalam.

Saya sempat menegur ibu Shahila dan bertanyakan tujuan kedatangannya.

Sebenarnya, ketika mereka datang, Karnival itu sedang diperiksa dalam operasi mengejut oleh sepasukan anggota penguatkuasa KPDNN-KK Kuala Lumpur termasuk gerai yang mengambil deposit dari Shahila semalam.

Akhirnya, didapati benar, telefon bimbit yang dipesan Shahila disahkan sebagai tiruan oleh Pengarah Penguatkuasa KPDN-KK Kuala Lumpur, Osman Nawang.

Wang RM200 dikembalikan, malah telefon bimbit itu turut dirampas.

Akhirnya, sejumlah 139 telefon bimbit tiruan bernilai lebih RM100,000 dirampas.

Jenama paling popular ialah i-Phone - dan sebenarnya i-Phone yang dijual, tidak pernahpun dikeluarkan model itu oleh pengeluar asalnya, sebaliknya i-Phone ciptaan dari China yang disahkan sebagai palsu, tiruan dan dibawa masuk secara tidak sah.

Sebenarnyam sejak Februari lalu, 34 serbuan dilakukan di karnival telefon bimbit seluruh Kuala Lumpur membabitkan rampasan kira-kira RM300,000.

Dengan harga yang ditawarkan benar-benar tidak logik, membuatkan pengguna terpedaya dan membeli barangan yang sebenarnya tiruan.

Persoalannya, siapakah penganjur dan pihak yang meluluskan karnival-karnival penipu sebegitu, walaupun telah banyak pengguna tertipu.

Perlukah KPDNKK terpaksa membuang banyak masa melakukan serbuan dan pemeriksaan sebegitu, sedangkan pihak yang meluluskannya hanya berdiam diri dan terus meluluskan karnival sebegitu?

Terbukti, langsung tiada penyelarasan dan kepekaan sesuatu pihak dalam agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang mengundang lebih banyak masalah kepada pengguna.


Nota:
Shahila Shariff, 17 tahun, artis remaja yang baru merakamkan album single pertamanya berjudul 'Heela' dan dijangka keluar tidak lama lagi.

Heela merupakan pelakon teater kanak-kanak seperti 'Gamat the Musical' sebagai Ketua Obor-obor dan Kita The Musical.

Filem pertamanya akan ditayangkan bulan hadapan berjudul 'Aku Tak Bodoh' .

Filem kedua lakonannya 'Momok Jangan Panggil Aku' arahan M.Jamil akan memulakan pengambaran 24 Jul depan.

Ibunya, Noriah Mat Isa, juga merupakan pengurusnya.

18 comments:

Mommy Meowy said...

Karnival ni mmg penipu pun..tp yg peliknye dlm taun ni je dh baper kali karnival telefon bimbit penipu ni dibuat kn?? Harap2 pas ni xde lg dah

Faizal The Newscaster said...

nasib baik dia ada serbuan..kalau tak dah nala kena tipu baekk punya..

tak pernah percaya karnival2 ni..tengok pun dah tau imitation products. memang tak boleh pakai punya..semua nak tipu..hampeh punya salesman

h4ni3 said...

saya memang dah boikot pegi karnival macam ni. masa iklan bukan main, telefon berjenama original la, harga runtuh la.
salesman pulak ramai yang kurang ajar. bila kita tanya 'ni ori ke china punya?' boleh pulak dia marah. dia kata 'kalau mau cari ori punya, lu jgn mari sini la!' habis, sape suruh masa iklan kata ori??? kan menipu pengguna namanya tu

gundam saiz mini said...

dalam campus pun ada jugak karnival camni...

masalahnya bila saya cakap semua tepon tu tiruan, kawan2 saya tempelak saya cakap dengki la segala...

kenapa karnival macam ni diluluskan penganjurannya walaupun dah diketahui bahawa telefon bimbit yang dijual ni semua tiruan???

Mr Jake said...

alahai, da terang2 tiruan. nak iphone ori harga mcm tu tggula lg 5 tahun hahaa.
ape la manusia skrg, bende mcm ni leh lg tertipu.

MrJockerz said...

hmm .. teringat satu karnival yg sama masa kene dtg wat keje area bahau ... saje singgah tgk memang mengarut tol .. iPhone leh dpt xsampai rm500. ramai betol yg beli dan tertipu ... hampir2 bergado jugak ler .. coz sy tanyer dorang camner iPhone u jual murah sedangkan pakej dr maxis/digi/celcom harga pon dlm RM2k ++ ..

dorang x mengaku itu tiruan then sy suruh dia bukak ... dia bukak then sy pun bukak iPhone yg sy pakai .. then sy tanyer dia cube u tgk ape beza sy ngan u punyer? sape x tau mmg menyesal ler beli...

kesian tgk coz ramai tertipu terutamanya pompuan ler ... siap bw mak bapak tlg sponsor tp sayang .. nasi dah jd bubur ... so beware la ye

LaL™ said...

karnival JOM HEBOH by TV3 pun sama jugak... produk makanan yg dijual murah sbb kebykkan produk tsebut dah nak tamat tempoh...

Ampuan Awang said...

blog pemecahan rahsia yang menarik... aku suka blog ini

Sang Karipap said...

Padan muka kantoi! Patutnya orang2 yg terlibat ni biar blacklist je lesen2 diorang..haramkan terus..!

Tany said...

Tak boleh jugak salahkan penjual, consumer sendiri yg bodoh. Bila saya nak beli sesuatu gadget yg mahal, saya mesti research sehabis-habisan dari A-Z.. sebab tu org tak boleh tipu saya..nak tipu pun tak jadi. Diorang takkan stop punya, raid lah semuanya, akan timbul balik.. mcm pirated DVD gak.. yg perlu peka ialah pengguna sendiri!

Saya pun pernah jugak pegi survey kat phone fair mcm nie kat Sunway Giza, Kota Damansara. Ada 2-3 penjual yg sempat saya sembang, ada yg ngaku phone china, ada yg ngaku phone ori. Contoh, diorang nak tipu Blackberry.. saya suruh dia tunjuk semua feature yg sepatutnya ada.. pastu kantoi haha Terus tak jadi tipu, tapi still nak cover jugak... "Ini phone mcm ori la miss... semua sama juga, 99% sama.. tapi ada sikit tak sama lah.. sebab China punya mah...."

Consumer patut lengkapkan diri dengan 'knowledge' sebelum beli, sebagai 'senjata' supaya tak ditipu. Sbb setiap barang copy dari china, walaupun 99% nampak ori, 1% akan lain.. jadi kita kena tau benda yg different tu.. benda yg buat barang tiruan ni kantoi.

Kalau Iphone ori yg dijual pada harga RM2-RM3k, tapi kat fair tu boleh dpt pada harga bawah RM1000 dan 'BUY 1 FREE 1' pulak... LOGIK KE PHONE TU ORI??? Common sense la, hello...Sendiri mau pikir.

zaidi said...

saya baru je baca entry nih pagi tadi, kebetulan tengahari tu saya ke pasaraya yang disebutkan tu. konpem la lalu kat tempat karnival penipu nih, saya ingatkan dah tutup la. rupanya masih beraksi hebat, siap ramai jugak pelanggan-pelanggan yang menanti untuk ditipu...........pelik la jugak, walopon dah kene serbu hari sebelumnya, diorang still running cam biasa jek. Penguatkuasa hanya amik barang yang tiruan pastu balik rumah je ke?tak ada ke tindakan terhadap penganjur ke?apa lak tindakan kene kat penjual tu masa kene serbu tu?
kalau la setakat amik barang tiruan, (mungkin la ada saman sikit-sikit) pastu penguatkuasa balik rumah camtu jek. Konpem 10 minit kemudian penjual-penjual nih call runner diorang suruh hantar stok tiruan baru. Peduli hapa dengan saman-saman nih, diorang untung lagi banyak daripada saman. Ramai pengguna-pengguna lain yang boleh ditipu. So cara terbaik, sita je terus. Pastu saman pihak penganjur sekali ngan empunya tapak.

Saper aku? said...

Nak salahkan penjual? aku rasa kita sebagai pengguna kena selalu berwaspada dengan peniaga-peniaga sebegini.Biasa lah peniaga mestilah nak jual barangan mereka dan akan lakukan apa sahaja untuk melariskan barangan mereka.Tak boleh nak salahkan peniaga seratus peratus.Pengguna harus bijak dalam memilih.Perlu berfikir sebelum membeli. Dapatkan pandangan dari mereka yang pandai dalam hal tersebut.



Just a comment

EASY PRINT & SUPPLIES said...

Nak buat macamana xsemua orang boleh mampu beli hp mahal2, tp hati teringin rasa nak pakai.

aku pernah pergi karnival ni kat setiawangsa & semarak, saja2 jalan nak tengok kecekapan2 mereka meng'ayat' pelanggan2. ada 2-3 gerai yg familiar dgn tahap kelentong yg tinggi, tp ramai pulak org berkerumun.

elokla kena serbu pihak berkuasa. cancelkan terus karnival ni. menipu org ramai aje. member aku beli iphone kat karnival ni xsampai 2 minggu dah rosak.

Yan Faizal said...

saudara ondscene....saya mula mengikuti blog saudara sejak sebulan yang lalu dan "thumbs up" buat saudara kerana menyiarkan artikel2 yang sememangnya terkini dan sensasi malahan lebih hebat daripada media yang sedia ada sekarang...walaupun saya berada nun jauh di Sarawak ini dan berita-berita yang disiarkan majoritinya meliputi kawasan semenanjung.cuma saya terpanggil untuk menulis komen selepas membaca artikel berkenaan "Karnival Telefon Bimbit" yang saudara siarkan ini...
Yang saya maksudkan adalah, bagaimana pula dengan karnival penjualan alat2 komputer seperti PIKOM PC FAIR yang kita tahu menjual pelbagai peralatan komputer?adakah diketahui status alat yang dijual samada tulen atau tidak?
harap saudara ondscene dapat engutarakan isu ini di dalam blog saudara...terima kasih...:)

Ahmad Afifi said...

Yan Faizal...

PIKOM PC FAIR tu, barang computer mostly ORI..yang x ori dia jual mcm catridge printer, ink printer..itu mmg byk.. pastu ada yg tumpang jual mp3/mp4 china.. tapi dari segi komputer, guaranteed 100% ori..PIKOM bermaksud Persatuan Industri Komputer & Multimedia Malaysia.. mana ada buat tepi2 jalan..buat dgn KLCC Convention Centre, Persada JB..semua tempat yg kelas2.. Bagi yang selalu ke Low Yat, mereka akan tahu harga di Low Yat & PC FAIR lebih kurang sama...cuma di PC FAIR diorg selalu offer "free pen drive" ke.."free antivirus" ke..itu yang buatkan PC FAIR menarik... PC FAIR x boleh disamakan dengan karnival hand phone yang tipu ni.. pernah gak tgk2 i-phone..pastu tanya soalan mudah je, "boleh x tambah application?"...apek tu ckp x boleh..kantoi la x ori...

Tany said...

Ahmad Afifi - tempat phone fair yg sy pegi, penjual kata i-phone gerenti 99% sama cam ori, confirm boleh download apps.. tapi kesahihan tidak diketahui huhu

Yan Faizal - Barang di PC Fair genuine, tak ade yg tipu2 tak ori kata ori.. tapi diorang pun jual barang china..tapi bukan 100% copy barang branded, cuma sama feature tapi ada extra feature, and lebih murah dan juga sebagai alternatif kepada barang ori yg mahal.. yelah mcm cartridge printer, mp3/mp4 player, camera/video cam, etc.

Tapi jgn takut dgn PC Fair, semua barang genuine adalah 100% genuine, tidak syak lagi.

Ammar Mariti said...

saya student MMU cyberjaya, jun lepas ada jugak karnival penipu ni datang kat campus. sekali dengan streamyx penipu bukak.
saya ada tulis surat kat management universiti, tak ada tindakan susulan langsung. reply email pun tak.
apa nak jadi la. diorang bayar duit untuk tapak, universiti amik duit lepas tu tutup mata. nak buat macam mana.

banyak orang kena tipu. nak tegur takut kena belasah pulak kan. bukan sikit orang datang jual, dekat sepuluh booth jugak la. satu booth dalam 3-5 orang. banyak tu.
haih, campus campus....

Johan said...

haha...org pakai iPhone dia pon nak pakai iPhone, nasib baik selamat lagi RM1k tuh...

Cik adik Heela, mmg tiada jalan pintas untuk mendapat sesuatu yg bernilai... dalam kes ni, iPhone brand new pada harga RM1k... kita mesti berusaha dgn mengumpul duit lama sikit... macam saya ni, hampir setahun kumpul duit utk beli iPhone 3gs, walaupon mahal tapi mmg berbaloi babe... Dan lagi satu, klu nak pastikan yg iPhone tu ori, Cik Heela kene pegi Maxis atau Digi authorised dealer... ;)

saya harap Cik Heela dpt pengajaran dari kes ini sepanjang hidup... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails